Pakej Backpacker Murah ke Korea ^^

DAH BELI TIKET MURAH KE SEOUL TAPI MASIH TAK TAHU NAK BERJALAN KE MANA?

Ni mesti kes tiba-tiba terjumpa online AirAsia promo yang murah giler kan? Heheheh..biasa la tu, siapa yang tak terpengaruh nak click ‘BOOK NOW’ button tu bila tengok ‘harga runtuh’ dari AirAsia=D 
LED roses @ Dongdaemun Design Plaza
Lagi-lagi bila boleh jimat sehingga 50-70% dari harga biasa! Memang berbaloi hehee.. walaupun terpaksa tunggu hampir setahun untuk travel, tapi tak kisahlah.. janji murah dan ada banyak masa untuk kumpul duit belanja.. tul tak? 
Memang terlalu banyak tarikan di Seoul tu; kalau pergi 10 hari pun belum tentu dapat cover semua. Tu belum masuk kalau nak ke Busan atau Jeju lagi tu :) ... belum masuk lagi kalau korang ni peminat Kpop ke K-drama ke Running man ke ... confirm2 la korang nak pegi melawat lokasi-lokasi shooting tu kan? ^^

Gwanghwamun Square
Bagi yang dah beli tiket dan nak backpacking sendiri selalunya akan spend masa berhari-hari untuk buat research; in other words kene rajin baca blog2 dan buat notes pasal lokasi yang nak dituju dan direction  nya sekali =D. Most blogs memang ada beritahu cara nak ke lokasi2 tumpuan, siap dengan subway apa korang kene naik serta exit mana nak ambil bila tiba di station subway tu; macam dlm post2 pasal Korea kat blog saya ni hehee... itu pun banyak lagi lokasi yg saya belum sempat update, maaf ye^^

Nak buat research pasal satu2 trip memang akan memakan masa yang agak panjang, walaupun korang dapat itinerary dari backpackers lain yang dah pernah pergi.. bukan saja korang perlu baca tentang background tempat2 yang nak dilawati tu, malah korang kena fahamkan sistem subway atau Seoul Metro serta keretapi light rail lain. 


Sistem Metro Seoul


Di Seoul ada lebih kurang 18 subway dan railway tracks yang berselirat so banyak jugalah point2 untuk transit. Tapi bilangan ni pun sedang bertambah sebab ada saja station2 baru yang dibina. Kalau macam di KL cuma ada 2 jenis lrt je sekarang, campur ERL dan komuter = 4 Now dah ada MRT, so total ada 8 rail lines ;). Walaubagaimanapun masih belum as massive as di Seoul. 


Untuk membantu korang navigate sistem Seoul Metro ni, korang bolehlah download jihachul apps dari Play Store, ada beberapa pilihan. Walaubagaimanapun korang tetap kena study sikit pasal sistem subway di Seoul. Bukan nak discourage, cuma itulah hakikatnya^^. Tapi bagi yang gemar buat research inilah sebahagian dari keseronokan menjadi backpacker =D. Apapun mungkin saya akan post serba sedikit pasal sistem pengangkutan subway dan keretapi light rail di Seoul nanti.

Bagi mereka yang nak trip bajet ke Korea pulak tetapi tiada masa nak buat semua research tu dan tak gemar pulak nak berjalan dalam rombongan besar naik bas ikut agensi pelancongan, di sini ada satu solution - Pakej Murah Backpacker ke Korea untuk 5-10 pax. Trip ni sangat private dan rasa macam jalan dengan kawan2 je sebab saya sendiri yang bawa ^^


@ Yeouido Han River Park in Autumn
Caranya mudah saja:-
  1. Beli tiket AirAsia murah2 (kalau masih belum ada tiket)
  2. Pilih pakej (atau pilih pakej kemudian baru beli tiket flight pon boleh :P)
  3. Buat booking dengan menghantar email ke shihavemma@gmail.com / hantar mesej ke fb saya / call, SMS atau whatsapp nombor yang tertera pada gambar  (pastikan anda include +6 di hadapan nombor telefon tersebut untuk whatsapp)
  4. Itinerary dan formal quotation akan dihantar kepada traveler yang serius setelah kita established communication.

Penting: Hanya mereka yang telah membeli tiket penerbangan sahaja dibenarkan untuk membuat booking ke atas mana-mana pakej di bawah.




*Harga tertakluk kepada perubahan semasa


[BAGI PAKEJ SOLO / SMALL GROUP TRAVELERS (2-4 PAX) SILA BACA POST INI]

Untuk maklumat lanjut, bolehlah berhubung dengan saya samada melalui  whatsapp (please include +6 di hadapan nombor), call, SMS, facebook, email, instagram ataupun tinggalkan maklumat anda di ruangan komen.


** Kepada mereka yang dah nekad nak redah Korea sendiri (yang ikut guided tour pun sama), anda konfem akan memerlukan mobile data to find your ways di sana; walaupun ramai orang cakap kat sana public wifi banyak, tapi from my experience they are not completely reliable :P especially when you need it most adehh, sebabnya most wifi u nak guna u all kene bayar gak haha.. so korang bolehlah dapatkan Korea Sim Card (EG Sim Card) - Mobile Data + Voice Plan ni, bole pakai di mana2 di Seoul termasuklah jika korang ke Jeju atau Nami Island. Dia bagi 1G data 3G dan free wifi KT (Olleh); haa, wifi yang ini baru u dapat connect bila2 u jumpe, even though subway train u lalu je kat station yg ada coveragenye lol. KT (Olleh) ni is the largest wireless operator in Korea so InsyaAllah u will aways be connected jadi bolehlah on kan Google Maps sentiasa haha =D


TESTIMONI #RNRKorea TRIPPERS
***********
''Saya & isteri really enjoyed our Korean Trip from 16th to 20th Feb 2016.. Very personalised & tailored to suit our intention to celebrate our 25th wedding aniversary. Hari pertama sampai je Incheon..snow turun..mcm sambut..very welcoming. Nami Island was just marvelous.. Food in Korea yg diatur utk kami sangat sangat heaven.. best lagi bila PR syarikat ni sangat prihatin dgn keperluan kami.. mana tempat kita nak pergi .. dibawa tanpa soal .. kos bukan issue tetapi kepuasan .. ni kelebihan syarikat .. pergerakan melalui subway train satu pengalaman yg sangat menakjubkan .. banyak perkara kita pelajari dlm train disamping penjimatan kos .. saya & isteri sangat puas hati dlm lawatan ni dan Tahniah pada Cik Shiha & team kerana sudi menganjurkan lawatan kami walaupun dua org shj .. saya mencadangkan sesiapa shj kalau nak ke Korea guna la khidmat syarikat ni; 
Mudah.. Murah dan sangat2 Puas Hati''
~Hj. Shahril & Pn. Ruziah, JB; Winter 2016


"5 reasons why you should choose #RNRAdventures:
- Speed in replying messages
-Flexible cost and schedule according to your needs
-Exploring Korean foods and culture
- Details in every place visited
- Of course, customer's opinion comes first."
~ Pn. Fauziah Aze, Pandu Puteri Selangor; Summer 2016


"Percutian kali ini memang sgt menarik & berbaloi. Experience yang paling best especially bila dapat pakai Hanbok^^. Plus, naik subway train di Korea mmg menyeronokkan. Mmg banyak stop2 transit but we learnt something valuable from their subway system. Walaupun bukan semua tempat dapat pegi dlm itinerary sbb kekangan masa, tp apa yg dah dilawati tu mmg marvelous lah; overall mmg sangat puas hati. Semua tempat makan yg dibawa pun tasty dan deliciousbut of course big portion x habis hehe^^ 
~ Fateh, KL; WInter 2016


"Rynn dengan mak nak ucapkan terima kasih pada Shiha & kawan2 yang banyak membantu sepanjang kami berada di Seoul. Kami sangat berpuas hati dengan layanan semua. InsyaAllah ada rezeki Rynn akan contact Shiha untuk next trip. Didoakan semoga RNR sentiasa maju"
~ Rynn, KL; Spring 2017




Last updated June 1st 2017

Comments

Popular posts from this blog

Outdoor Malaysia | N. Sembilan | Gua Batu Maloi Caving Package

Harga Pakej Untuk Menerokai Gua Batu Maloi di Johol, Negeri Sembilan

Outdoor Malaysia | Perak | Whitewater Rafting in Gopeng

REVIEW | Colosseum - A NEW Event Space in Glenmarie Shah Alam

Budget Travel Korea | Seoul | Sulbing (설빙) Korean Dessert Cafe

Budget Travel Indonesia | Pulau Weh (Sabang) | Freddie's Chalet in Sumur Tiga Beach

Malaysia Travels | Melaka | Staying @ Swiss Garden Hotel & Residences Melaka City

Budget Travel Korea | Seoul | Han River Live Music Cruise

Budget Travel Korea | Jeju | Raw Seafood & Haenyeo (woman diver) @ Seongsan Ilchulbong Peak

Budget Travel Korea | Busan | Samarkand Halal Uzbekistan Food Restaurant